Bingkisan TuLus dari Adam unTuk HAWA.
Hawa ku,
Meski aku Adam, gagah pada luaran, ada kalanya aku juga tewas dalam godaan. Walau aku pemimpin Khalifah bagimu, aku juga selalu tersungkur kalah akibat nafsu. Nafsu ku satu, akal ku sembilan, namun yang satu itu sering menjadikan aku diluar kawalan, kadangkala aku juga tewas dalam lautan duniawi, lemas dalam dunia sendiri. Andai aku leka dan alpa, ingatkan aku untuk kembali pada-Nya, kerana sesungguhnya dibalik seorang lelaki, berdiri seroang wanita.
Hawa ku,
Walapun aku durjana duniawi, aku juga impikan wanita solehah sebagai suri. Justeru, ingatkan aku agar tingkatkan ibadah, kelak aku bisa menjadi suami soleh. Ingatkan aku supaya selalu mengalunkan Kalamullah, agar dapat aku memandu mu ke syurga al-Jannah. Sedarkan aku agar mengejar keredhaan ar-Rahman, agar hidupku sentiasa aman. Bangunkan aku bertahajud bersamamu, agar kelak rahmat-Nya tiada tandingan untuk ku. Aminkan doa bacaanku, moga nnati luas syurga mu. Taat dan patuhlah aku, kelak solehah jadi milikmu.
Hawa ku,
Aku suka jika kau menutup aurat daripada pandangan buas durjana. Aku suka jika kau tidak sesuka hati menabur cinta duniawi sebaliknya kau titipkan buat zauj mu kelak. Aku suka jika kau bidadari sentiasa mengejar kebahagiaan ukhrawi. Aku suka kalau kau bersifat keibuan supaya kelak zuriatku penuh dengan kesantunanmu. Aku lebih suka kata-kata mu berhemah kerana itu menujukkan kau wanita berhemah. Aku suka jika kau pandai berdikari, agar kelak kau mampu berdiri sendiri. Lagi indah kalau kau berperibadi mulia, kerana sebaik-baik hiasan dunia. Aku suka kalau kau pandai menjaga maruah, agar harga diri mu tidak terlalu murah. Lebih elok jika kau mampu berfalsafah, kerana itu simbol mar'a fatonah. Peliharalah agama seperti mana aurat mu terjaga rapi, siramlah hati dengan taqwa, sebagai bekalan menghadap Yang Kuasa. Hiasi peribadi dengan sifat mahmudah. Agar kelak tidak dipandang lemah. Meski kau dicipta dari rusuk ku yang bengkok, namum ada ketika tangan yang disangka lembut mengayun buaian mampu menggoncang dunia mencipta sejarah. Oleh itu, ingatlah aku Adam mu yang sering leka dan alpa. Kelak Hawa ku ini bakal menghuni al-Firdaus.
-Amin-